7434
2023-10-24 10:14:02
Open
Shafie bin Wahab
Pelan Strategik, enVision
24 October 23
2023-02-02
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
melancarkan inisiatif enVision Moonshot, berperanan sebagai pemangkin dalam
usaha merealisasikan Pelan Strategik enVision UTM 2025 bagi menghasilkan
graduan berorientasi masa depan dan penyelidikan berteraskan teknologi maju.
Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata inisiatif menggunakan
pendekatan radikal, pantas dan tangkas itu menggariskan empat fokus utama iaitu
melahirkan graduan berkualiti, selain menerajui penyelesaian kepada permasalahan
kompleks melalui pengetahuan dan penyelidikan.
Selain itu, katanya ia juga memfokuskan untuk mencapai keunggulan global sebagai
universiti penyelidikan terkemuka negara berasaskan teknologi, serta memanfaatkan
teknologi tinggi dengan menggunakan pendekatan quadruple helix.