8293
2024-01-23 10:33:16
Open
Shafie bin Wahab
Tradisional, Bot
23 January 24
2023-07-10
Malaysia
Terengganu
Black and white
Bernama
Industri pembuatan bot di Terengganu telah mengalami revolusi dengan penggunaan teknologi moden, namun masih ada segelintir pengusaha yang memilih bertahan dengan kaedah tradisional.
Yusof Nawi, 52, antara generasi yang masih mengekalkan industri pembuatan bot secara tradisional atas faktor seni, kepuasan dan kualiti bot yang disifatkannya tidak sama dengan penggunaan peralatan serta teknologi baharu.
“Pada awalnya, saya bekerja membuat bot bersama bapa, tetapi pada 2016 saya mengambil keputusan untuk mula sendiri tanpa bantuan sesiapa kerana buat bot ini sebenarnya satu seni, jadi lebih mudah berkarya sendiri tanpa campur tangan orang lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Tumbuh di sini hari ini.
Yusof yang telah berkecimpung dalam industri pembuatan bot tradisional selama 35 tahun yang diwarisi daripada bapa serta arwah datuknya berkata walaupun mengambil masa lama antara dua hingga dua setengah tahun untuk menyiapkan sebuah bot tradisional mengikut saiz dan jenis, beliau amat berpuas hati apabila mendapat maklum balas positif daripada pelanggan terutama daripada aspek mutu dan ketahanan.