8287
2024-01-22 12:24:43
Open
Shafie bin Wahab
Kerajaan Malaysia, Sulu
22 January 24
2023-06-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara terutamanya berhubung tuntutan terhadap Malaysia daripada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, terus mendapat sokongan penuh rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Samasuddin Yusop berkata langkah mempertahankan kedaulatan negara melalui platform perundangan adalah wajar dalam memastikan tidak ada mana-mana pihak lagi selepas ini sewenang-wenangnya membuat sebarang tuntutan terhadap Malaysia.
“Untuk kes ini (Sulu) segala apa yang dituntut itu telah menimbulkan rasa yang tidak selamat, kita orang Sabah rasa diganggu-gugat...jadi kami menyambut baik usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara menerusi aspek perundangan dan teruskanlah cadangan untuk menyaman pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam gerakan tuntutan itu.