8309
2024-01-23 11:20:52
Open
Shafie bin Wahab
Tragedi, Kepala air
23 January 24
2023-07-03
Malaysia
Black and white
Bernama
Sebanyak tujuh lagi mayat mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini berjaya ditemukan hari ini, menjadikan keseluruhan sembilan mayat mangsa telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini.
Tiga daripada daripada mayat itu disahkan identitinya sebagai Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10, manakala satu lagi mangsa masih hilang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kesemua tujuh mayat berkenaan ditemukan di sektor A dan B di kawasan seluas 25 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
"Kesemua mereka ditemukan antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari tadi dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok, terapung di permukaan air dan di pinggir sungai.