8338
2024-01-23 15:42:07
Open
Shafie bin Wahab
Tragedi, Kepala air
23 January 24
2023-07-02
Malaysia
Black and white
Bernama
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang hilang di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman terpaksa dihentikan lebih awal petang tadi kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias berkata operasi hari pertama terpaksa ditamatkan pada 6 petang berikutan hujan lebat di lokasi SAR.
Beliau berkata seramai 37 anggota termasuk pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, BBP Kemaman, BBP Cheneh, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikerah untuk operasi SAR hari ini yang bermula kira-kira 3 petang tadi.
"Selain cuaca buruk dan tidak menentu, kita juga terpaksa menamatkan operasi SAR lebih awal kerana bimbang ancaman binatang buas memandangkan kawasan jeram ini kawasan hutan simpan yang menjadi habitat haiwan liar," katanya yang dihubungi Bernama malam ini.