7680
2023-11-28 09:32:39
Open
Shafie bin Wahab
PLOT, Pelancongan Agro
28 November 23
2023-03-28
Malaysia
Black and white
Bernama
The PLOT yang terletak di Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS), bukan sahaja menawarkan lebih 500 jenis tanaman
pelbagai spesies kepada pengunjung yang berminat menelusuri pelancongan agro
yang unik malah turut membuka kelas kepada individu yang mahu mempelajari ilmu
tanaman.
Ketua Pegawai Eksekutif Apadana Agro Sdn Bhd Dr Abas Mazni Othman berkata The
PLOT yang diusahakan di atas tanah berkeluasan 0.81 hektar, menawarkan pusat
sehenti untuk pertanian dan aktiviti mengenali jenis tanaman kepada pengunjungnya
melalui program pelancongan agro, informasi, inovasi dan pengetahuan.
"Kami membangunkan The PLOT untuk memberi manfaat kepada mereka yang
berminat mengenali spesies tumbuhan yang mungkin sekarang sukar dijumpai di
mana-mana termasuklah untuk mereka yang ingin belajar menanam pokok.