8406
2024-01-25 11:09:26
Open
Shafie bin Wahab
Ragbi, KRM
25 January 24
2023-07-23
Malaysia
Terengganu
Black and white
Bernama
Terengganu menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Ragbi Perak di sini, petang tadi.
Turun selaku juara bertahan, Terengganu membenam cabaran Negeri Sembilan yang juga lawan sama tahun lalu dengan 21-10 untuk membawa menjulang kejuaraan dan wang tunai RM5,000.
Dalam perlawanan akhir itu, Terengganu memperoleh tiga try, masing-masing disempurnakan Muhammad Iqbal Muhamad Anuar dan Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi menyempurnakan dua try selain tiga conversion yang disudahkan oleh Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi dan Mohammad Nazreen Fitri Nasrudin.
Sementara itu, pasukan Negeri Sembilan sekadar memperoleh dua try melalui Suhaikal Suhaimi dan Fakhrul Idzham Azahar.