8412
2024-01-28 11:01:42
Open
Auni Rasyiqah Ramli
Pemikiran Manusia, Ilmu Agama
28 January 24
2024-01-21
Malaysia
Color
Utusan Malaysia
Bagi Mohd Effendi Ahmad belajar agama merupakan pembelajaran sepanjang hayat dan tiada istilah terlambat untuk mempelajarinya. Itu pegangan Mohd. Effendi 73, yang merupakan seorang guru agama di Kampung Tersusun Baru Alor Bakong Langkap di Pasir Salak, Perak yang juga seorang bekas imam masjid. Walaupun sudah berusia, dia masih gigih mencurahkan ilmu agama kepada pelbagai peringkat usia, termasuk golongan tua, malah dia menghormati golongan itu yang masih mahu belajar agama.