7292
2023-10-11 15:28:19
Open
Shafie bin Wahab
Bola Tampar, MAVA
11 October 23
2023-01-01
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua
pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua
aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.
Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan
pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat
kejadian tersebut dengan serta-merta serta akan berhubung dengan pihak berkaitan
bagi tujuan berkenaan.
"MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan
ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya
mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan MAVA," menurut kenyataan itu.