7298
2023-10-12 09:24:51
Open
Shafie bin Wahab
Gajah, Peneroka
12 October 23
2023-01-13
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(Felda) di daerah ini, khususnya di Bukit Tongkat dan Ulu Belitong tertekan apabila
tanaman kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan utama mereka musnah
akibat serangan gajah.
Seorang peneroka di Felda Bukit Tongkat, Mohd Isa Murah, 63, mendakwa serangan
haiwan liar itu di kawasan ladang pertanian Felda kerap berlaku sejak awal tahun
lepas.
Mohd Isa berkata kejadian terbaharu pada Selasa lepas menyebabkannya kerugian
puluhan ribu ringgit apabila 300 pokok kelapa sawit yang ditanam di tanah
berkeluasan empat hektar rosak akibat serangan mamalia itu.