7301
2023-10-12 09:29:02
Open
Shafie bin Wahab
Harimau, Perhilitan
12 October 23
2023-01-24
Malaysia
Internal
Microsoft® Word 2016
Black and white
Bernama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat
harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman
Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima aduan daripada
seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat
haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan
siasatan lanjut.
"Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya
terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam
rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak
berhampiran.