7306
2023-10-12 10:11:33
Open
Shafie bin Wahab
Gangsterism, Ah Long
12 October 23
2023-01-24
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Polis percaya pertubuhan haram
Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) yang digempur dalam operasi khas Op
Selendang di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu pada Khamis hingga Sabtu
lepas, terlibat dalam aktiviti keganasan dan gangsterism.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata siasatan mendapati,
sebahagian daripada 21 suspek ditahan yang juga terdiri daripada dua pegawai dan
12 anggota polis, berperanan sebagai ejen pengutip hutang Ah Long dan aktiviti tarik
kereta secara haram.
Beliau berkata pertubuhan AHK yang dipercayai memiliki antara 200 hingga 300 ahli
di sekitar Dungun itu, juga dikesan mengutip wang perlindungan daripada ahli bagi
mengelak dikenakan tindakan undang-undang, sekiranya melakukan kesalahan.