7310
2023-10-12 11:08:39
Open
Shafie bin Wahab
Ekopelancongan, Kelulut Indo-Malaya, MBOR
12 October 23
2023-01-15
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Repositori Kelulut Indo-Malaya Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) yang menempatkan lebih 20 spesies kelulut unik dan jarang
ditemui, dijangka mampu menjadi tarikan ekopelancongan baharu negeri ini.
Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) UMT, Prof Shamsul Bahri Abd
Razak berkata repositori yang terletak di kawasan seluas 0.4 hektar di Kampus Kedua
UMT Bukit Kor di sini, dibangunkan April tahun lepas dengan kos RM100,000.
Beliau berkata matlamat asal penubuhan repositori itu ialah sebagai bank genetik atau
pusat pengumpulan pelbagai spesies kelulut untuk tujuan rujukan serta penyelidikan
para pengkaji dari serata negara.
"