7311
2023-10-12 11:15:04
Open
Shafie bin Wahab
Muzium Budaya, Borneo
12 October 23
2023-01-18
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Sarawak bakal memiliki sebuah lagi Muzium Budaya
Borneo yang akan dibina di Bintulu, terletak di bahagian utara negeri ini.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahagian Bintulu
mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
"Kami telah luluskan sebuah lagi muzium di Bintulu. Ia akan disiapkan dalam tempoh
tiga tahun. Ramai warga asing di Bintulu terutama di kawasan perindustrian dan ini
akan menarik kunjungan orang Korea, Jepun dan lain-lain ke Bintulu untuk menikmati
dan mengetahui sejarah Bintulu,” katanya ketika berucap merasmikan Restoren
Muzium Borneo di sini.
Mengimbau kembali bagaimana tercetusnya idea untuk mewujudkan Muzium Budaya
Borneo yang ada pada masa ini, beliau berkata perancangan itu telah dibuat semasa
beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan Sarawak ketika Yang Dipertua
Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri.