7317
2023-10-12 11:49:23
Open
Shafie bin Wahab
Pecat, PKR
12 October 23
2023-01-08
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Bekas Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau lebih
dikenali sebagai Tian Chua, yang dipecat selepas bertanding di kerusi Parlimen Batu
sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, boleh
mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari kepada parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pemecatan
Tian Chua adalah syor daripada jawatankuasa disiplin parti.
"Dalam mana-mana keputusan disiplin parti, ada ruang untuk kemukakan rayuan
dalam tempoh 14 hari... saya yakin dia (Tian Chua) akan manfaatkan proses rayuan
ini, daripada situ lembaga rayuan akan teliti asas rayuan yang dibuat,” katanya
kepada kepada pemberita selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.