7326
2023-10-15 10:30:06
Open
Shafie bin Wahab
Sisa pepejal, Teknologi Angkasa
15 October 23
2023-02-01
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
(KPKT) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengaplikasikan
teknologi angkasa bagi mengesan lokasi tapak pelupusan sampah haram dengan
tepat di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam satu kenyataan hari
ini berkata setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup dan
dijangka sasaran penutupan 100 tapak pelupusan sampah haram bagi tempoh 100
hari pentadbirannya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Isu pengurusan sisa pepejal sewajarnya diteliti dengan terperinci dan diselesaikan
dengan segera bagi memberi kesejateraan kepada rakyat Malaysia.