7328
2023-10-15 10:35:32
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Ibu tunggal
15 October 23
2023-02-07
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Berulang-alik menaiki bas sejak tiga tahun lepas dari
Pengkalan Balak, Alor Gajah ke Hub Pengeluaran Produk Usahawan Asnaf Majlis
Agama Islam Melaka (MAIM) di Klebang di sini, sudah menjadi rutin harian setiap pagi
buat Halimah Isnin, 42.
Ibu tunggal itu berkata beliau ke bengkel berkenaan bagi mempelajari pelbagai ilmu
berkaitan bidang keusahawanan terutama pembungkusan secara 'retort' bagi
menghasilkan sendiri pes bagi produk mee sizzlingnya.
Halimah yang memiliki enam anak berusia antara 12 hingga 21 tahun berkata
kehidupan sukar selepas suaminya meninggal dunia lima tahun lepas menyebabkan
beliau menceburi bidang keusahawanan bagi mengubah nasib keluarga.