7330
2023-10-15 10:42:48
Open
Shafie bin Wahab
Anugerah Sukan Negara (ASN), Cipta rekod
15 October 23
2023-01-31
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni
Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan
Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, hari ini.
Kejayaan diraih ‘The Pocket Rocketman’ pada majlis berlangsung di Majlis Sukan
Negara, Bukit Jalil, di sini, sekali gus menyaksikannya muncul atlet lelaki paling
banyak meraih Olahragawan Kebangsaan selepas berjaya merangkul gelaran itu
pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/2020.
Pencapaian dilakar pelumba berusia 35 tahun itu mengatasi legenda badminton
negara Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Rashid Sidek serta bekas jaguh bina badan
negara Sazali Samad, yang berkongsi empat gelaran sebelum ini.