7339
2023-10-15 11:18:54
Open
Shafie bin Wahab
Penyu, Kepupusan
15 October 23
2023-02-14
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Seekor penyu hijau (Chelonia mydas) ditemukan mati
di pantai Kampung Sungai Labu hari ini dipercayai terkena kipas enjin bot.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Suhaili berkata penyu itu, yang
berukuran hampir satu meter panjang, dipercayai telah dibawa arus ke pantai
peranginan tersebut beberapa hari lepas.
"Kami mendapati ada kesan kecederaan teruk (pada badan penyu) tetapi tisu telah
kembung dan berbau, menunjukkan bahawa penyu itu telah mati beberapa hari,”
katanya kepada Bernama.
Bangkai penyu berkenaan ditemukan oleh seorang penduduk kampung pada 7.28
pagi tadi dan beliau memaklumkan hal tersebut kepada jurufoto Bernama Muqtadir
Halim yang kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada Jabatan Perikanan
Labuan.