7340
2023-10-15 11:22:56
Open
Shafie bin Wahab
Bayi, Kondo Rakyat Kuala Ibai
15 October 23
2023-02-05
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Seorang bayi lelaki yang masih hidup
dan masih bertali pusat ditemukan di Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat sini, petang tadi.
Bayi yang dianggarkan berusia antara lima hari hingga seminggu itu ditemukan oleh
seorang penduduk Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, di bawah kerusi kayu di belakang
dapur rumahnya pada 6.05 petang ketika baru pulang dari kerja.
Menurut Ahmad Fauzi, beliau terdengar suara tangisan bayi dari arah belakang
rumah, bagaimanapun tidak mengendahkannya kerana menyangkakan ia datang dari
rumah jiran.
"Selepas mengamatinya lebih lama, saya ke belakang dan terkejut apabila mendapati
seorang bayi berada di atas simen di bawah kerusi kayu panjang," katanya ketika
ditemui di Kondo Rakyat Kuala Ibai, malam ini.