7352
2023-10-16 10:30:28
Open
Shafie bin Wahab
Pelancongan
16 October 23
2023-02-21
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Lebih 100,000 pengunjung dijangka
menghadiri Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) yang akan berlangsung
selama empat hari di Padang Astaka, Kemaman bermula Khamis ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital
Terengganu Ariffin Deraman berkata lebih 30 aktiviti menarik berteraskan
pelancongan serta kebudayaan akan diadakan sepanjang karnival itu untuk semua
lapisan pengunjung.
Bagaimanapun beliau berkata, fokus utama KBTM adalah jualan pakej percutian pada
kadar harga yang sangat berpatutan untuk memberi peluang kepada lebih ramai
pelancong meneroka keindahan dan keunikan Terengganu.