7360
2023-10-16 11:45:24
Open
Shafie bin Wahab
Sumber Manusia, TVET
16 October 23
2023-02-21
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kerajaan telah memuktamadkan 10
Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan
syarikat swasta dalam usaha menyelaras dan menambah baik ekosistem Pendidikan
dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata penglibatan GLC dan
syarikat swasta yang akan meliputi bidang-bidang latihan TVET tertentu melibatkan
kementerian berkaitan itu adalah antara langkah diambil kerajaan bagi mengelakkan
pertindihan dan pembaziran dalam pelaksanaan program TVET yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat Majlis TVET Negara pada 7 Feb lepas.