7365
2023-10-16 15:27:40
Open
Shafie bin Wahab
Inovasi, Kit Pelbagai Pengukuran
16 October 23
2023-02-07
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Rekaan Kit Pelbagai Pengukuran atau ‘Kit Multi
Measurement’ untuk kerja-kerja pembinaan awam, hasil inovasi sepasukan jurutera
dari pulau bebas cukai ini berjaya memenangi geran bernilai RM100,000 dalam
Cabaran Terbuka Akar Umbi (GOC) 2022.
Geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu, disalurkan
melalui Program Inovasi Sosial Malaysia (MyIS) Akar Umbi 2022, di bawah
Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Ketua pasukan berkenaan Ir. Leong Geok Teng berkata pasukannya yang terdiri
daripada kakitangan Jabatan Kerja Raya Labuan, mengambil bahagian dalam GOC
2022 bermula 1 Mac hingga 30 April lepas.