7435
2023-10-24 10:42:15
Open
Shafie bin Wahab
warisan, Kraf Tangan
24 October 23
2023-03-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Sebanyak 14 produk kraf warisan tempatan
yang dihasilkan pelbagai etnik akan ditampilkan pada Minggu Kraf London (LCW)
yang berlangsung dari 6 hingga 14 Mei ini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menerajui
pameran tersebut bertitah dua daripada produk berkenaan dari Terengganu iaitu
Telepuk Terengganu dan Songket Terengganu, satu dari Pahang (Anyaman
Pandakan oleh kaum Semelai) dan dua dari Sabah iaitu Anyaman Tikar Sabah dan
Anyaman Lingkong atau Ribu-Ribu.
Selain itu, beberapa hasil kraf Sarawak juga akan diketengahkan antaranya Anyaman
Bergerang, Ikat Iban Sarawak, Anyaman Penan dan Keringkam Sarawak di samping
Anyaman Pandan Mah Meri dan Patung Moyang Mah Meri dari Selangor.