7436
2023-10-24 11:04:17
Open
Shafie bin Wahab
Acar ikan kering, Ramadan
24 October 23
2023-03-26
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Memasuki bulan Ramadan, pengusaha acar
ikan kering Tengku Hayati Akmal Tengku Hitam tidak menang tangan memenuhi
permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap hidangan pembuka selera
dan pelengkap hidangan utama ketika berbuka puasa dan bersahur.
Pesara kerajaan berusia 65 tahun itu berkata acar ikan kering yang dihasilkannya
mempunyai gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas ditambah dengan
bawang jeruk yang rangup.
"Bahan yang digunakan untuk penyediaan adalah ikan kering jenis cencaru, cuka, cili
dan lada, halia dan bawang merah halus.