7438
2023-10-24 12:03:28
Open
Shafie bin Wahab
Basikal Buluh, Pusaka
24 October 23
2023-03-20
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Basikal buluh buatan Sarawak dijangka
mula memasuki pasaran China tahun ini, kata Pengurus Besar Perbadanan
Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka), Datuk Hashim Bojet.
Beliau berkata Pusaka akan membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dan
Memorandum Perjanjian (MOA ) dengan syarikat China, Brook & Breeze manakala
anak syarikat Pusaka akan diberi tanggungjawab mengeluarkan basikal buluh secara
komersial bagi pasaran eksport ke Shanghai, China.
"Pada masa ini syarikat Brook & Breeze sudah mengeluarkan basikal buluh di
pasaran China sejak 10 tahun lepas namun mereka tidak cukup tangan untuk
memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus
Intensif Basikal Buluh di Kompleks Industri Perabot Pusaka.