7442
2023-10-25 10:37:02
Open
Shafie bin Wahab
Ramadan, Solat Tarawih
25 October 23
2023-03-20
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan imam jemputan solat
tarawih luar negara di masjid dan surau di seluruh Selangor pada Ramadan tahun ini
adalah keputusan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak
2015.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata larangan berkenaan dibuat
untuk memberi laluan sepenuhnya kepada imam-imam tempatan, para asatizah, para
graduan dan pelajar-pelajar tahfiz tempatan yang juga menguasai aspek-aspek al-
Quran yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan Fiqah sebagai imam.
Menurutnya ketetapan yang dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah itu dibuat sebagai usaha menyediakan imam-imam pelapis
untuk mengisi keperluan imam di masjid dan surau di Selangor pada masa hadapan.