5567
2023-03-22 16:20:46
Open
Ahmad Izzudin bin Ramli
Perikanan, Nelayan, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
22 March 23
1987-08-10
Terengganu
Private sector
Black and white
Berita Harian
Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) terpaksa mengenakan harga air batu yang berbeza kepada Persatuan Nelayan (PN) Besut dan kawasan lain untuk menghalang air batu dari Kelantan dan negara jiran tidak digunakan secara berleluasa di Besut.
Pengerusinya, Encik Hassan Ismail, berkata harga seketul air batu seberat 220 paun yang dikenakan kepada PN Besut ialah $4.50 berbanding dengan PN daripada kawasan lain $5.20. Beliau berkata, sekiranya harga yang sama dikenakan di negeri ini dikhuatiri PN Besut akan membeli air batu dari Kelantan dan Thailand. Selain itu PN Besut turut membuat tempahan kenderaan dari Nekmat.
Kadar tambahan yang dikenakan ialah $1.80 bagi setiap ketul air batu. Encik Hassan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah PN di negeri ini yang tidak puas hati dengan harga air batu yang berbeza- beza. Beliau berkata, sekiranya air batu yang dikeluarkan dari kilang Nekmat di Gendering, dekat sini tidak dijual ke pada PN Besut, kelebihan air batu akan berlaku. Oleh kerana Nekmat turut berniaga, kita terpaksa mengenakan harga yang difikirkan sesuai supaya air batu habis dijual, ujarnya. Kilang di Gendering menghasilkan kira-kira 60 tan air batu sehari berbanding keupayaan sebenar kira-kira 100 tan.