7420
2023-10-23 09:53:52
Open
Shafie bin Wahab
Bahasa, MotoGP
23 October 23
2023-02-12
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Mekanik Melayu pertama dalam Kejohanan Grand
Prix Motosikal Dunia (MotoGP), Habibtullah Mohamad Fuad tidak melihat masalah
komunikasi sebagai batu penghalang untuk membina kerjaya cemerlang bersama
pasukan RNF MotoGP Team.
Mula bersama RNF MotoGP Team musim lepas, Habibtullah, 37, berkata kerjayanya
menuntut beliau untuk memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris
malah bahasa Sepanyol dan Itali.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata ini kerana kebanyakan rakan sekerjanya di
hentian pit merupakan warganegara Sepanyol dan Itali.