7987
2023-12-26 12:44:36
Open
Shafie bin Wahab
Geopark, Kenyir
26 December 23
2023-05-31
Malaysia
Terengganu
Black and white
Bernama
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai “Kenyir Geopark”.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata pengiktirafan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Abdul Wahid Abu Salim di Putrajaya, semalam.
Ariffin berkata pengiktirafan itu adalah antara pencapaian terbaik kerajaan negeri yang telah lama berusaha untuk menjadikan Kenyir sebagai taman geo sepertimana yang terkandung dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).