8060
2024-01-03 12:00:33
Open
Shafie bin Wahab
Everest, ME23
03 January 24
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33, seorang orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang dilaporkan hilang pada Jumaat di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.
Pengurus Pasukan Misi Malaysia Everest 2023 (ME23) Ayu Wanirah Naharuddin berkata operasi itu dikendalikan oleh salah seorang pendaki, Tiong Ling Yang, yang turut dikenali sebagai Vincent.
Beliau berkata SAR menerusi udara telah dilakukan semalam namun tidak menemukan kesan manusia di kawasan pendakian.
“SAR darat di kawasan ceruk terus dilakukan di atas Kem Dua. Mencari di ceruk memerlukan tenaga mahir dan kita telah kerahkan sebanyak mungkin tenaga mahir yang ada di kawasan sekitar.