7517
2023-11-13 11:17:27
Open
Shafie bin Wahab
Kosmetik, Racun berjadual
13 November 23
2023-03-22
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Bahagian Regulatori Farmasi Negara
(NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan notifikasi enam produk
kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk
berkenaan ialah Flashhskinzz Moist Sunscreen, Serene Treatment Cream, Tempias
Hawa Master Recovery Skin Rskin dan Karisma Preventing Day Cream, yang masingmasing
mengandungi merkuri.
Selain itu, dua lagi produk kosmetik yang terlibat ialah SL Two Kunyit yang
mengandungi merkuri dan Betamethasone 17- Valerate dan SL Two Sarang Burung
(Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate).
Beliau berkata merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan
kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf
serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau
janin.