7518
2023-11-13 11:36:07
Open
Shafie bin Wahab
Mahkamah Rayuan, Hukuman mati
13 November 23
2023-03-01
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman
mati terhadap seorang bekas pengunting rambut kerana membunuh seorang bayi
perempuan berusia 11 bulan, lima tahun lepas.
Barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah, sebulat
suara menolak rayuan oleh Hazmi Majid, 41, kerana hakim perbicaraan tidak
melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati
perayu bersalah seperti pertuduhan.
"Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi
untuk menyebabkan kematian.
"Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan
keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan,” kata Hakim
Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk
See Mee Chun.