7557
2023-11-14 12:18:44
Open
Fazlizan bin Abd Ghani
Konflik Israel-Palestin, Muhasabah Diri
14 November 23
2023-11-11
Malaysia
Color
Harian Metro
BILANGAN rakyat Palestin yang terkorban dan syahid meningkat saban hari sejak serangan terbaharu rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza lebih sebulan lalu. Media melaporkan bilangan syuhada meningkat kepada 8,005 orang termasuk kanak-kanak,
wanita dan warga tua, manakala 20,242 orang yang lain cedera dengan pelbagai tahap kecederaan. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada tanda-tanda menunjukkan serangan akan dihentikan atau sebarang gencatan senjata akan dilakukan. Kerajaan
Malaysia juga berulang kali menegaskan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan dan mendesak serangan itu segera dihentikan.