7559
2023-11-14 16:40:09
Open
Shafie bin Wahab
Penderaan Kanak-Kanak, KPWKM
14 November 23
2023-03-27
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan
Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) Negeri dalam usaha untuk menangani kes penderaan terhadap
golongan itu.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata mesyuarat panel itu yang
dipengerusikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri, akan turut melibatkan
keahlian Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan pelindung bagi kes pemeliharaan
dan perlindungan kanak-kanak yang ditempatkan dalam jagaan orang yang bukan ibu
atau bapa kanak-kanak itu.
Beliau berkata KPWKM memandang serius terhadap sebarang kes penderaan ke
atas kanak-kanak dan dengan kerjasama agensi di bawahnya, pelbagai inisiatif telah
dilaksanakan daripada pelbagai aspek termasuk pelaksanaan dasar dan
perundangan, penyampaian perkhidmatan dan khidmat sokongan.