5525
2023-03-21 11:00:10
Open
Ahmad Izzudin bin Ramli
Perikanan, Nelayan
21 March 23
1987-07-01
Terengganu
Private sector
Black and white
Berita Harian
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kijal, Encik Mohd Amin menyifatkan nelayan yang menyertai Felda tetapi kembali semula menjadi nelayan sebagai pengecut dan tidak tahan menghadapi dugaan.
Katanya, sikap seperti itu perlu dikikis oleh mereka kerana ia akan merugikan diri sendiri. Berucap merasmikan mesyuarat igung Persatuan Nelayan Kijal, 30 kilometer dari sini, semalam, beliau berkata, jika nelayan tidak sanggup menghadapi kesulitan sebelum mereka memperolehi pendapatan yang sepatutnya, lebih baik terus jadi nelayan. Beliau berkata, nelayan seperti ini belum berpindah ke rancangan Felda mesti berfikir terlebih dahulu kerana sesuatu kesenangan tidak mudah dikecapi dengan segera.