7499
2023-11-08 10:24:52
Open
Shafie bin Wahab
Sukan SEA, Renang
08 November 23
2023-03-23
Malaysia
Black and white
Bernama
Baru mencecah usia 11 tahun, namun Zara Aleesya Mohamad Suadi terpaksa bersaing bersama atlet dewasa apabila turun beraksi dalam acara finswimming pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini. Dengan gaya renang menggunakan fin atau sirip bagaikan ‘duyung cilik’, Zara dihantar ke kelas renang seawal usia enam tahun kerana ibu bapanya, Mohamad Suadi Samsuddin dan Haslinda Haron mahu anak tunggal mereka itu mempunyai aktiviti lebih bermanfaat selain mengelak daripada terjebak dengan gajet. Namun, siapa sangka pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka itu, bakal menjadi atlet termuda Malaysia untuk Sukan SEA kali ini setelah menceburi finswimming sejak awal tahun ini.