7507
2023-11-08 12:24:20
Open
Shafie bin Wahab
Orang Asli, KEMAS
08 November 23
2023-03-01
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Keinginan merubah kehidupan anak bangsa
membuatkan dua figura Orang Asli suku kaum Temiar menggalas tanggungjawab
sebagai guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) di tempat tinggal mereka.
Robiah Rami, 42, yang berpengalaman mengajar kanak-kanak Orang Asli Tabika
KEMAS Pos Hendrop sejak 17 tahun lepas berkata beliau tekad mencurahkan bakti
kepada masyarakat penempatan tersebut untuk mengangkat taraf hidup anak
bangsanya yang sering dikatakan ketinggalan dalam arus pendidikan perdana.
Robiah atau mesra disapa Kak Bie berkata tiada lebih membanggakan apabila
melihat anak didiknya dapat menguasai tiga asas pendidikan iaitu membaca, menulis
dan mengira seawal usia empat tahun. "Kepuasan yang dikecapi apabila murid dapat
menguasai segala yang dipelajari tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya
amat berbangga dengan semua pencapaian mereka tidak kira sedikit atau banyak.