7509
2023-11-08 12:32:30
Open
Shafie bin Wahab
Batal, Rais Yasin
08 November 23
2023-03-27
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Paya Rumput Datuk Rais Yasin sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu pada
pemilihan parti itu 18 Mac lalu, dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO
Malaysia 2023 hari ini.
Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Abdul Latip Mohamad berkata
beliau menerima pemakluman itu menerusi satu surat daripada UMNO pusat
menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang tadi.
Beliau berkata surat berkenaan memaklumkan berlakunya ketidakaturan perjalanan
mesyuarat pada proses pemilihan UMNO bahagian itu yang berlangsung di sebuah
hotel baru-baru ini.