8163
2024-01-11 11:37:10
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Bazar
11 January 24
2023-06-18
Malaysia
Black and white
Bernama
Seramai 257 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai Bazar Junior Perak yang bertujuan memberi pendedahan dan mendidik mereka dalam bidang keusahawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Salbiah Mohamad berkata program itu dianjurkan oleh Junior Chamber International (JCI) Kinta dengan kerjasama kerajaan negeri.
"Penganjuran bazar ini memberikan platform kepada mereka dalam menghasilkan idea-idea inovatif, membuat produk mereka sendiri dan berinteraksi dengan pelanggan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan di sini malam tadi.
Sementara itu, Presiden JCI Kinta Tan Teck Yin berkata program itu yang kali kedua dianjurkan tahun ini melibatkan 60 reruai menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan barangan perhiasan.