8167
2024-01-11 12:03:39
Open
Shafie bin Wahab
Rang Undang-Undang (RUU), Bunuh diri
11 January 24
2023-06-20
Malaysia
Black and white
Bernama
Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara hari ini.
Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh menggulung perbahasan bagi kedua-dua rang undang-undang berkenaan yang berunsurkan pencegahan kes bunuh diri, setelah dibahas oleh senator.
Rang Undang-undang berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada 4 April lepas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lepas.