8191
2024-01-15 09:35:11
Open
Shafie bin Wahab
Geopark, Kenyir
15 January 24
2023-06-02
Malaysia
Terengganu
Black and white
Bernama
Kenyir Geopark di Terengganu diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan kesembilan di bawah Program Pembangunan Geopark, demikian umum Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).
Pengiktirafan itu dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan Bilangan 1/2023 pada 30 Mei lepas (2023), menurut NRECC dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyir Geopark, dengan keluasan 2,449 kilometer yang meliputi sebahagian daerah Hulu Terengganu, dibentuk oleh pelbagai batuan, mineral, struktur, landskap dan fitur geologi unik hasil daripada proses geologi yang berlaku kira-kira 360 juta tahun lepas.
"Kenyir Geopark mengandungi 15 geotapak yang bertaraf antarabangsa, kebangsaan dan tempatan serta 10 biotapak, 11 tapak budaya dan satu tapak geoarkeologi," menurut NRECC.