8205
2024-01-15 15:40:27
Open
Shafie bin Wahab
Pusaka, Tradisional
15 January 24
2023-06-02
Malaysia
Black and white
Bernama
Seni persembahan tradisional dari Kelantan, Main Puteri atau Main Teri akan mengadakan pementasan di Festival de I'Imaginaire di Paris, Perancis pada 7 Jun ini.
Persembahan yang akan berlangsung di Theatre de I'Alliance Francaise, Paris itu dibawakan sebuah pertubuhan pelestarian seni budaya warisan Malaysia iaitu PUSAKA selepas menerima undangan pertubuhan Maison des Cultures du Monde.
Pengasas PUSAKA, Eddin Khoo berkata persembahan itu menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan lagi bakat seniman dalam bidang kebudayaan dan kesenian di persada antarabangsa.
"Ini adalah kali kedua kami (PUSAKA) dijemput untuk membuat persembahan di sana selepas kejayaan persembahan seni tradisional Makyong, Menora dan Wayang Kulit pada 2007.