8209
2024-01-15 16:08:09
Open
Shafie bin Wahab
Keirin, ACC
15 January 24
2023-06-18
Malaysia
Black and white
Bernama
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini.
Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada 2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.
Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain turut meraih perak acara pecut berpasukan edisi tersebut, manakala ini hanya kali ketiga meraih emas keirin (2008, 2015, 2023).