6572
2023-07-27 10:14:34
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Konsep Halalan Toyyiban, Perniagaan Islam
27 July 23
2023-07-27
Malaysia
Color
Harian Metro
PENIAGA Muslim wajib memelihara halal haram dalam urusan perniagaan termasuk di pihak pembeli, produk dan perkhidmatan, waktu perniagaan, lokasi atau tempat yang dijalankan dan sumber perniagaan yang diperolehi. Konsep halalan toyyiban ini mesti menjadi rukun jual dan beli dalam kalangan Muslim ketika menjual ataupun membeli supaya amalan muamalat harian kita sentiasa dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Ibadah dalam kehidupan Muslim bukan hanya solat, puasa dan zakat sahaja, tetapi termasuklah hal muamalat harian seperti berjual beli untuk meneruskan kelangsungan hidup dan melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dan manusia.