6575
2023-07-30 10:15:08
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Tasawuf
30 July 23
2023-07-28
Malaysia
Color
Harian Metro
PENGARUH tasawuf dalam kehidupan masyarakat Melayu adalah sangat mendalam. Menurut Rosni Wazir, tasawuf dan alam Melayu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Hal ini dipersetujui dengan fakta bahawa pengislaman sebahagian besar rantau tersebut adalah hasil daripada usaha, pengorbanan dan jasa yang dilakukan oleh pendakwah sufi yang datang dengan rupa sebagai 'pedagang' dan 'kawan'.
Mereka datang dengan aman, membawa bersama akhlak yang mulia, penuh hikmah dan toleransi yang tinggi. Rekod menunjukkan tiada pertentangan atau permusuhan, rantau alam Melayu ini dengan mudah sekali menyerahkan dirinya untuk diislamkan oleh tangan-tangan yang berjasa ini. Kaitan antara tasawuf dan alam Melayu juga disaksikan dengan peranan tokoh-tokoh yang amat berpengaruh dalam masyarakat, sebahagian besarnya mempunyai identiti tasawuf yang signifikan.