6577
2023-07-30 10:37:56
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Kesihatan Mental & Psikologi, Sabar & Ikhtiar
30 July 23
2023-07-28
Malaysia
Color
Harian Metro
PELBAGAI masalah dan tekanan yang dialami dalam kehidupan boleh meninggalkan kesan yang besar terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi insan. Tekanan yang tidak terkawal dan gagal diruskan berpotensi mengakibatkan penyakit
mental iaitu gangguan kesihatan yang melibatkan perubahan pada pemikiran, emosi atau tingkah laku kesan daripada kesukaran untuk menanggung tekanan dalam rutin kehidupan. Lebih parah lagi, sekiranya gangguan mental tidak diberikan perhatian
yang sewajarnya akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain sehingga melibatkan kehilangan nyawa. Dalam situasi ditempat kerja misalnya, isu kesihatan mental yang tidak ditangani secara berhikmah boleh memberikan impak yang besar terhadap produktiviti organisasi. Masalah kesihatan mental di Malaysia menunjukkan trend peningkatan berdasarkan statistik individu yang mendapatkan sokongan bertambah lima kali ganda bagi 2022 berbanding 2020 menerusi Talian
Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).