6596
2023-07-31 10:15:26
Open
Shafie bin Wahab
Batak Lampung, Gawai Dayak, Permainan Tradisional
31 July 23
2022-08-05
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
(AKM) Sarawak di sini, berpeluang beradu tenaga dalam permainan tradisional
masyarakat iban ‘Batak Lampung'.
Tarikan itu merupakan beberapa permainan yang ditawarkan di khemah Sukan
Rakyat sempena Jelajah AKM peringkat Sarawak yang berlangsung di Dataran
Perayaan Petra Jaya di sini dari 5 hingga 7 Ogos ini.
Pegawai Belia dan Sukan di Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan
Sarawak John Nasuil berkata ‘Batak Lampung' merupakan permainan yang
dimainkan semasa perayaan Gawai Dayak apabila tetamu berkunjung ke rumah
panjang.
Jelasnya permainan itu mempunyai konsep sama dengan permainan tarik tali dan ia
menggunakan papan kayu sebagai pengantara serta sebatang kayu panjang lagi
untuk dipegang.