6598
2023-07-31 10:21:42
Open
Shafie bin Wahab
Sukan Para ASEAN, Pingat emas
31 July 23
2022-08-05
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Atlet olahraga para negara Muhamad Ashraf
Mohamad Haisham melengkapkan hatrik pingat emas peribadinya selepas
mengungguli acara 800m lelaki T46 (kecacatan anggota) Sukan Para ASEAN (APG)
di sini.
Pelari berusia 27 tahun yang berlari dengan sebelah tangan muncul juara selepas
merekodkan dua minit 03.970 saat, sedikit tersasar dari rekod kejohanan miliknya
mengatasi pesaing dari Vietnam Tran Van (2:03.970s) dan Thet Htoo (2:04.790s) dari
Myanmar di Stadium Manahan.
Muhamad Ashraf menjuarai acara itu pada edisi 2015 di Singapura dengan
mencatatkan rekod kejohanan 2:03.67s, sebelum turut memenanginya pada edisi
2017 di Kuala Lumpur.