6599
2023-07-31 10:27:10
Open
Shafie bin Wahab
Sukan Universiti ASEAN, AUG
31 July 23
2022-08-07
Malaysia
Black and white
Bernama
Pencapaian skuad
mahasiswa di Sukan Universiti ASEAN (AUG) ke-20 layak diberikan pujian berikutan
cemerlang merangkul 49 pingat emas selepas temasya itu melabuhkan tirai semalam.
Tambahan lagi, kontinjen negara ke temasya itu berjaya melepasi dua sasaran yang
pada mulanya ditetapkan sebanyak 35 pingat emas, namun berjaya dilepasi dalam
masa lapan hari, diikuti buruan 45 pingat emas sebelum meraih keseluruhan 49 pingat
sehingga membolehkan Malaysia menjadi naib juara AUG 2022.
Ia sekali gus menepis prasangka sasaran awal mencabar untuk direalisasi berikutan
beberapa atlet prospek terpaksa dilepaskan bagi menyertai temasya lain berlangsung
serentak dalam tempoh sama AUG diadakan.
Kejayaan pingat emas tersebut antaranya dipacu menerusi sukan karate apabila
cemerlang menyumbang enam pingat emas.